Sunday, January 9, 2011

Cara Meningkatkan Kesuburan

Entri ni, sesuai tuk puan2 yg teringin nak timang baby..huhuhu, sumber di petik drpd majalah Pa & ma..
nak lebih lanjut belilah majalah Pa & Ma di pasaran sekarang!!

5 Cara Tingkat Kesuburan

1. Turunkan berat badan

Anda atau suami yang mengalami masalah kegemukan perlu menurunkan berat badan apabila merancang untuk hamil.
2. Rajin bersenam

Tingkatkan kekerapan melakukan aktiviti fizikal yang mudah seperti jogging, berenang dan lain-lain.
3. Hadkan pengambilan kafein

Produk makanan dan minuman mengandungi kafein perlu dikurangkan kerana kafein yang banyak dalam darah mengurangkan penghasilan hormon prolaktin.
4. Ambil makanan kaya mineral

Makanlah lebih banyak tiram, ikan sardin, udang, ayam dan daging tidak berlemak, keju, telur, beras merah dan sebagainya untuk meningkatkan penghasilan sperma.

5. Elak makanan proses

Makanan yang diproses mengandungi kurang vitamin dan mineral tetapi tinggi kalori yang berisiko mengganggu tahap kesuburan.

Membaca jambatan Ilmu


No comments:

Post a Comment